Tuesday 30 April 2013

Ulasan : Bahasa Slanga Remaja , Cabaran Memartabatkan Bahasa Melayu


           


Karya hasil Muhammad Daud membincangkan tentang Bahasa Slanga Remaja iaitu Cabaran Memartabatkan Bahasa Melayu. Terdapat pelbagai maksud yang mendefinasikan bahasa slanga. Ada yang berpendapat bahasa slanga merupakan dialek daerah dan juga bahasa mesra. Secara umumnya bahsa slanga bermaksud bahasa yang digunakan oleh satu kelompok manusia dan hanya kelompok berkenaan sahaja yang memahaminya. Dalam konteks lokasi juga bahasa slanga berbeza antara satu negeri dengan negeri yang lain. Artikel ini penulis menekankan penggunaan bahasa slanga di kalangan remaja. Remaja merupakan golongan yang berada pada zaman peralihan dan mula memikirkan perkara abstrak setelah meninggalkan zaman kanak-kanak yang hanya memikirkan perkara konkrit.

            Penggunaan bahasa slanga di kalangan remaja tercetus disebabkan oleh pengaruh teman dan rakan sebaya. Golongan ini menggunakan bahasa slanga dalam merapatkan lagi hubungan persahabatan mereka. Antara bahasa slanga yang digunakan ialah mat rempit, jambu dan pelbagai lagi. Bahasa slanga turut digunakan dikalangan artis iaitu sebagai usaha untuk menunjukkan identiti kumpulan mereka atau aliran muzik yang dibawa mereka. Selain itu, penulis juga mendapati bahasa slanga turut digunakan oleh penjenayah atua kumpulan yang menjalankan kegiatan negatif. Ini bertujuan untuk mengelakkan identiti mereka dikenal pasti oleh pihak berkuasa. Misalnya, ‘ayam’ , ‘burung’ dan ‘sanggul’ iaitu merujuk kepada pelacur. Selain daripada bahasa Melayu, bahasa slanga juga dikenal pasti wujud dalam bahasa lain seperti bahasa Inggeris. Contohnya, Whale tail iaitu merujuk kepada ikatan pinggang berbentuk Y pada seluar dalam.



            Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan terciptanya bahasa slanga. Faktor pertama, ialah ingin menunjukkan identiti kumpulan di mana sekumpulan remaja ingin membezakan mereka daripada kumpulan yang lain berdasarkan penggunaan bahasa mereka. Faktor kedua , tekanan emosi yang dihadapi oleh golongan remaja sama ada dari aspek pelajaran, percintaan dan kewangan. Mereka mencipta istilah lain yang dapat mentafsirkan perasaan atau keadaan mereka. Misalnya, kantoi ( gagal) da sengkek ( miskin ). Selain itu, faktor bahasa slanga ini tercetus juga disebabkan oleh golongan remaja ingin mempercepatkan sebutan perkataan mereka. Misalnya, prep ( preparation) , lab ( laboratory) dan CC ( cyber cafe ). Seterusnya bahasa slanga juga turut digunakan dalam jenaka atau gurau senda golongan remaja. Misalnya gob ( telinga besar ) , spot light ( mata besar ) dan cisuk ( busuk ). Secara ringkasnya, faktor tercetus bahasa slanga datangnya daripada pengaruh rakan sebaya, media hiburan dan medium globalisasi.

            Kesimpulannya, walaupun kita tidak mampu untuk menghalang penggunaan bahasa slanga daripada meresapi kehidupan remaja, tetapi kita perlu memastikan situasi ini tidak mengganggu gugat usaha untuk memartabatkan bahasa melayu. Perlu diingatkan bahasa slanga tidak boleh digunakan di dalam komunikasi rasmi atau formal dan juga tidak boleh berkomunikasi antara masyarakt yang berbeza umur kerana ini dapat menimbulkan masalah. Untuk menyekat pengaruh bahasa slanga daripada merosakkan bahasa melayu, peranan guru amatlah penting terutama peranan guru penting terutama guru  Bahasa Melayu. Pengaruh penggunaan bahasa slanga haruslah dititiberatkan kerana perkara ini boleh menggugat kredibiliti bahasa ibunda kita.


BAHASA SLANGA
               MAKSUD
CONTOH AYAT
Usha/ Ushar
Pandang/ tengok sesuatu . Perkataan ini
digunakan bagi memikat lelaki atau gadis
Aku nak usha awek tu la..

Tibai/Bebal
Pukul tetapi boleh juga membawa maksud main hentam
Tibai jela jawapan dier..!
Sekodeng/Skodeng
Intai
Ko skodeng sape tu..?
Sengkek
Tidak Berduit
Aku dah sengkek ni
Senggal
Bermaksud lenguh-lenguh, tetapi disalahgunakan remaja bermaksud entah apa-apa.
Eh, sengal lah kau ni
Rembat
Sepakan/ tendangan tapi beleh jadi maksud mencuri
Ko rembat jelah beg duit kawan ko tu.
Poyo
Membangga diri
 Ah, poyo la ko ni
Kantoi
Teruk/pecah rahsia sesuatu yang disembunyikan
Alamak Math aku kantoi la plak..
Kerek
Berlagak atau berlagak power
Apasal ko kerek sangat dengan aku haa…
Siot/ siut
Entah apa-apa . Kadaang-kadang boleh menjadi perkataan terakhir sesuatu ayat.
Ah, siot la ko ni, untung aku bile nak bayar.
Pecer/apecer
Singkatan apa cerita
Pecer ko sekarang
masyuk
Pendapatan yang lumayan/serasi pun boleh
Masyuk betul budak tu, hari-hari income 8 juta.
Derr
Perkataan baru yang bermaksud dier apa, mungkin kata ganti diri
Aku nak out ni derr..